Slogan Sekolah

“Beretika, Berilmu dan Berjaya”

Berita Sekolah

Barisan Pentadbir

Pn Siti Dewi Marsitah Binti Ismail

Pn Siti Dewi Marsitah Binti Ismail

PENGETUA

LENSA PENGETUA

Kata Alu-aluan Pengetua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyampaikan sepatah dua kata untuk Laman Web SMK Alam Megah 2.

Laman web ini diharap dapat memberikan gambaran bukan sahaja kepada para pendidik dan murid tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini bertujuan agar mereka memahami matlamat pendidikan bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik malah melibatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025).

Kecemerlangan akademik dan kokurikulum dapat dicapai dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak. Disiplin yang mantap serta didikan agama secara berterusan mampu melahirkan modal insan yang mampu menerima cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mulia serta terpuji sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara.

Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insyaallah.

Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah kepada AJK Laman Web SMK Alam Megah 2 atas kejayaan menghasilkan laman web ini. Kejayaan ini melambangkan daya usaha dan kerjasama setiap warga sekolah.

Pengetua SMK Alam Megah 2
Siti Dewi Marsitah Binti Ismail

EN MOHD NASRAN BIN BAKAR

EN MOHD NASRAN BIN BAKAR

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PN ROKIAH BT HUSSEIN

PN ROKIAH BT HUSSEIN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Pn Rodiah Binti Sanwikarto

Pn Rodiah Binti Sanwikarto

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Logo Sekolah

Jalur Gemilang

14 Jalur Gemilang Negara Malaysia adalah untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga SMKAM2.

 

Perisai Unggu

Perisai berwarna ungu melambangkan identiti SMKAM 2 yang unggul dan padu dalam menjalankan semua aktiviti akademik dan kokurikulum.

Obor

Obor bagi melahirkan murid yang gigih serta mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah putus asa dalam menjana ilmu

Buku & Tahun

Buku menjadi kawan karib yang setia dalam mencapai kecemerlangan pembelajaran dan 2003 merupakan tahun penubuhan sekolah

Motto Sekolah

Motto ”Beretika, Berilmu,Berjaya ”melambangkan murid yang beradap mulia disamping mencapai kecemerlangan ilmu.

Lagu Sekolah

SMK Alam Megah 2
Penggerak wawasan yang mulia
Menjunjung hasrat maju dan berjaya

Lahirkan insan sempurna
Mengasuh emosi dan minda
Beretika berilmu Berjaya
Bina semangat jati diri bangsa
Berdisiplin berbudaya

Pendidikan berkualiti
Teras cita-cita murni
Membentuk warga bestari
Berjasa menabur bakti

Majulah dan terus cemerlang
Sekolah unggul terbilang
Berazam sentiasa gemilang
Abadi tetap dikenang

 

 

Ciptaan dan Lirik oleh Ramlan Harun

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di No 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor. Opeas ipentadbiran sekolah ini bermula pada 1 Mac 2003. Tanggal 9 Jun 2003, SMK Alam Megah 2 ditubuhkan secara rasmi  dengan seramai 20 orang guru dan 500 orang pelajar.  Kebanyakan pelajar awal sekolah ini terdiri daripada murid-murid SMK Alam Megah yang telah dipindahkan ke sekolah ini berdasarkan alamat kediaman mereka. Pada waktu ini kelas yang dibuka adalah sebanyak 16 kels, iaitu 6 buah kelas tingkatan 1 dan 2 serta 4 buah kelas tingkatan 4.

Pengetua pertama sekolah ini ialah  Hjh Aishah Binti Shahul Hamed yang telah menabur bakti selama 4 tahun bermula pada bulan Oktober 2003 sehingga Februari 2007. Beliau telah bersara pada 9 Februari 2007. Namun, nama beliau tetap tersemadi di SMK Alam Megah 2 dengan pentas sekolah di blok B dinamakan Dewan Hjh Aishah. Pengetua kedua, iaitu  Hjh Zaharah Binti Ishak mula berkhidmat di sekolah  ini pada 1 April 2007 sehingga 31 Julai 2009 apabila beliau dipindahkn ke SMK USJ 12. Seterusnya, SMK Alam Megah 2 telah diterajui oleh  Fazia Binti Mohamed mulai 1 Ogos 2009 sehingga 15 Disember 2013 apabila beliau diarah berpindah ke SMK Seksyen 11. Tempat beliau diganti oleh  Nor Haizon Binti Md Nor mulai 16 Disember 2013 sehingga sekarang

Visi & Misi Kami

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Orang Murid

Orang Guru

Aliran Perdana

Aliran Agama (KAA)

SMK ALAM MEGAH 2

Hubungi Kami

SMK Alam Megah 2, No. 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28, 40400, Shah Alam, Selangor
+603-51922141
+603-51922141