Majlis Perasmian Amalan 5S telah diadakan pada hari ini, Jumaat bersamaan 7 April 2017. Amalan 5S ialah sisih, susun, sapu, seragam dan amal selalu.
Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif, hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata, lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan, semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat, membina budaya kerja, nilai bersama yang cemerlang dan menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.
Recent Comments