Tema Minggu Kerjaya 2018 ialah Kerjaya Asas Kecemerlangan.  Pelancaran telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 23 April 2018.

Program ini adalah salah satu kaedah yang boleh mengcungkil bakat dan potensi diri murid-murid.  Ini akan lebih menggalakkan para murid mencari dan menyebarkan maklumat kerjaya terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.  Program-program seperti ini diharapkan dapat memberi banyak peluang kepada murid untuk meneroka alam akademik dan menaikkan proses pendidikan dengan dunia kerjaya yang bakal diceburi oleh mereka.