Gimik Sambutan Hari Koperasi

Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh En. Ahmad Marzuki Ismail, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan, Angkasa. Ia diadakan bertujuan mendedahkan murid-murid dengan program perniagaan yang mana mereka sendiri terlibat dengan aktiviti koperasi. Ini dapat membantu anak-anak muda dari peringkat remaja untuk bergiat dalam sektor perniagaan dan keusahawanan. Pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Tema Hari Koperasi ialah KOPERASI SEKOLAH MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID.