Majlis diadakan secara atas talian. Ia bertujuan memupuk semangat rasa cinta warga pendidik dalam profesion perguruan mendidik permata negara. Tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning)