Profil Sekolah

Sejarah dan Profil SMK Alam Megah 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di No 1, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor. Opeas ipentadbiran sekolah ini bermula pada 1 Mac 2003. Tanggal 9 Jun 2003, SMK Alam Megah 2 ditubuhkan secara rasmi dengan seramai 20 orang guru dan 500 orang pelajar. Kebanyakan pelajar awal sekolah ini terdiri daripada murid-murid SMK Alam Megah yang telah dipindahkan ke sekolah ini berdasarkan alamat kediaman mereka. Pada waktu ini kelas yang dibuka adalah sebanyak 16 kels, iaitu 6 buah kelas tingkatan 1 dan 2 serta 4 buah kelas tingkatan 4.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Hjh Aishah Binti Shahul Hamed yang telah menabur bakti selama 4 tahun bermula pada bulan Oktober 2003 sehingga Februari 2007. Beliau telah bersara pada 9 Februari 2007. Namun, nama beliau tetap tersemadi di SMK Alam Megah 2 dengan pentas sekolah di blok B dinamakan Dewan Hjh Aishah. Pengetua kedua, iaitu Hjh Zaharah Binti Ishak mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 2007 sehingga 31 Julai 2009 apabila beliau dipindahkn ke SMK USJ 12. Seterusnya, SMK Alam Megah 2 telah diterajui oleh Fazia Binti Mohamed mulai 1 Ogos 2009 sehingga 15 Disember 2013 apabila beliau diarah berpindah ke SMK Seksyen 11. Tempat beliau diganti oleh Nor Haizon Binti Md Nor mulai 16 Disember 2013 sehingga sekarang.

Pada tahun 2008, SMK Alam Megah 2 telah menempa sejarah apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Lonjakan Saujana SPM peringkat kebangsaan. Hadiah yang diperoleh berupa wang tunai sebanyak RM15,000.
Pada tahun 2009, SMK Alam Megah 2 terdiri daripada seramai 1199 orang murid (567 murid lelaki dan 632 murid perempuan). Bilangan guru juga turut bertambah, iaitu seramai 73 orang berserta 9 orang staf sokongan.
Pada 23 Jun 2010 pihak sekolah telah menerima pelawat daripada guru-guru SM Kejuruan Negeri 1 Payakumbuh, Sumatera Indonesia dalam bidang Prinsip Perakaunan.

Pada 15 Disember 2010, pihak MBSA telah menghantar 150 pokok bunga anggerik dan sebuah pagola untuk memulakan Taman Orkid Anggerik di sekolah ini di bawah Program Promosi Orkid Anggerik memandangkan Shah Alam merupakan sebuah Bandaraya Anggerik.

Pada tahun 2011, pihak sekolah telah berjaya membina bangunan tambahan iaitu rumah tapak semaian untuk bidang Vokasional Teknik yang ditaja oleh kilang SHARP. Selain itu, pihak sekolah juga telah berjaya membesarkan ruang rehat kantin hasil daripada kejayaan program Hari Kantin anjuran PIBG sesi 2011/2012. Alhamdulillah buat pertama kalinya, pihak sekolah juga telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Keceriaan dan Pengimarahan Surau peringkat Daerah dan Negeri.

Pada tahun 2012, pihak sekolah telah membesarkan surau. Pada tahun ini juga SMK Alam Megah 2 berjaya mengekalkan Johan dalam pertandingan Keceriaan dan Pengimarahan Surau peringkat Daerah Petaling Perdana dan Negeri.
Pada tahun 2013 pihak sekolah bersama dengan PIBG telah mengadakan Hari Megahthon yang bertujuan mengutip dana PIBG. Hasil kutipan ini digunakan untuk memasang kipas di ruang lobi serta di Anjung Perdana. Di samping itu dana ini juga digunakan untuk kemudahan di PSS serta kemudahan murid yang lain seperti membuat bangku. Pada tahun ini juga SMK Alam Megah 2 berjaya mengekalkan Johan dalam pertandingan Pengimarahan Surau Sekolah-Sekolah KPM peringkat Daerah Petaling Perdana dan naib johan peringkat Negeri.

Pada tahun 2014, SMK Alam Megah 2 sekali lagi telah berjaya mengekalkan Johan dalam Pertandingan Pengimarahan Surau Sekolah-Sekolah KPM peringkat Petaling Perdana dan Naib Johan peringkat Negeri Selangor. Tahun ini juga sekolah ini telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Bolasepak Bawah 18 dan Bola Jaring Bawah 18 MSSD. Di peringkat antarabangsa pula lapan orang murid dan seorang guru iaitu Norhayati Omar telah mewakili Malaysia ke Program Sunburst Youth Camp di Singapura.

Pada tahun 2015 SMK Alam Megah 2 telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Pengimarahan Surau Sekolah-Sekolah KPM peringkat Negeri Selangor. Ini melayakkan SMK Alam Megah 2 mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan dan surau sekolah telah dinobatkan sebagai Johan Surau peringkat kebangsaan dengan menggondol hadiah sebanyak RM4,500.00 Bagi Bola Jaring B18 tahun pihak sekolah telah berjaya mendapat tempat Kedua manakala B15 kita mendapat tempat ke 4. Dua orang murid sekolah ini telah mewakili Daerah Petaling Perdana. Dalam pertandingan Bola Baling Lelaki 18 tahun pula kita menjadi Johan peringkat Daerah Petaling Perdana dan dua orang murid telah mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat Negeri Selangor

Pada tahun 2016, surau SMK Alam Megah 2 (Surau al Kauthar) telah dikunjungi oleh pelawat-pelawat dari seluruh pelusuk tanah air sebagai lawatan penandaarasan. Pada tahun ini juga SMK Alam Megah 2 telah menjadi Naib Johan dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor. Salah seorang murid kurang upaya di sekolah ini, iaitu Muhammad Haziq bin Chek Mat telah mendapat Anugerah Kokurikulum kategori Pendidikan Khas (L) dalam Majlis Anugerah MSS Selangor. Beliau juga telah memenangi 2 pingat emas dalam acara ping pong di Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia yang telah diadakan di Kuching, Sarawak.

Pada tahun 2017, SMK Alam Megah 2 telah kehilangan 2 orang pentadbir yang telah bersara iaitu PK Kokurikulum Encik NorAzman bin Johan yang bersara pada 1 Mac 2017 dan Pengetua iaitu Puan Norhaizon Binti Md Nor yang bersara pada 1 Ogos 2017. Tempat beliau telah di ganti oleh Puan Norlia Binti Abu Bakar mulai 4 Disember 2017 . Bidang kokurikulum menyumbangkan beberapa kejayaan pada pihak sekolah, antara kejayaan Nur Batrisya Busra Binti Badrisyan yang mewakili Selangor ke peringkat MSSM Bola Jaring Bawah 15 tahun dan mendapat Johan. Beliau juga menerima Anugerah Kecemerlangan MSS Begitu juga dengan Derianne Lim yang terpilih mewakili Selangor dalam Pertandingan Catur Individu MSSM Bawah 18 Tahun. Terbaru adalah kejayaan dalam perarakan Maulidur Rasul di mana pasukan Lelaki memenagi tempat Kedua dan pasukan wanita memenangi Tempat Pertama bagi kategari sekolah-sekolah seluruh Selangor.

Pada tahun 2019, terdapat 6 orang guru yang telah bersara termasuklah pengetua, Puan Norlia Binti Abu Bakar. Beliau telah bersara pada 6 Ogos 2019 Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Anizah Binti Mohamad. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang telah disertai oleh murid-murid SMK Alam Megah 2 hingga ke peringkat Antarabangsa pada tahun 2019. Seramai 113 orang murid dan 8 orang guru telah menyertai Pertandingan ‘International Eco Run’ pada 14hb Sept 2019 di Putrajaya. Di peringkat kebangsaan pula , SMK Alam Megah 2 mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Pameran Dr Muda di Conference on Public Transformation and Innovation (CPSTI) , Lencana Ocean United Nations Challenge (Pandu Puteri) dan juga dalam Kejohanan Bola Jaring. Selain itu, Pertandingan ‘Pertolongan Cemas Siri 1 dan 2’turut disertai oleh murid-murid SMK Alam Megah 2.

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang sangat mencabar. Hal sedemikian ini kerana negara telah dilanda wabak Covid-19 menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dari 14 Mac 2020 hingga 16 Jun 2020 dan ditutup sekali lagi mulai 10 Oktober 2020 hingga 19 Disember 2020. Semasa penutupan ini, sekolah menjalankan Pdp secara atas talian dan guru-guru bekerja dari rumah .Tahun ini juga, Puan Zainun Sidek telah bersara wajib manakala Puan Suri Arini binti Samsuri telah dinaikan pangkat sebagai PKP di SMK USJ 4 ( digantikan Puan Rokiah binti Hussein ) Puan Maslina juga telah dinaikan pangkat sebagai PK HEM di SMK Puchong Jaya A dan digantikan oleh Puan Chuah Lay Suan